inialurun
tiba-tiba perasaan tu dtg balik selepas 'view him'..cpt2 bukak blog ni n rasa nk taip ape2 je..jangnlah dtg..g main jauh2 wahai perasaan..hehehe

kahwin?
nikah?
ijab kabul?
majlis resepsi?
tunang?

hmm sejak akhir2 ni soalan2 ni yang menjadi peneman saya..kenapa n mengapa? sbb sya dikelilingi dgn berita2 yang baik ni..saya? kawin? hehe
untuk mengungkai persoalan ni..saya pun merajinkan diri mencari jawapan untuk sya..

semalam sya terbaca beberapa artikel mengenai perkahwinan ni, maksud say, dr segi hukumnya, tanggungjawabnya, dan juga kelebihannya..entahlah, mungkin sya x rasa perkahwinan tu sesuatu yang baik kot..tp setelah membaca..........

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

dan membaca...


Tidak Ku Pinta Mahar Yang Tinggi

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.
Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program "short sem" di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.
Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."
"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."
"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Lina.
"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.
Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w.
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,
"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.
Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.
"Kakak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. Ikut pihak lelaki tu nak bagi berapa. Kita bukan nak jual anak. Kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je nanti, lagi masalah."
Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan kepada mak saya.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.
Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari Allah. Amin.
- Artikel iluvislam.com
 __________________________________________________________________________________
so ape yang saya dpt simpulkan ialah ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..kadang2 kita rasa kite kalah, tp sebenarnya kite telah menang..kadang2 kite megah kerana kemenangan kite, tapi hakikatnya..kita kalah..x semua yng kita nak pasti kita dapat, bersyukur atas segala rahmat-Nya, jgn mengeluh, malah berusahalah..semoga segala usaha terbalas dgn kebaikan..

inia: usaha itu pun satu ibadat tau..pahala yang paling senang utk kita dapat..dan mulakan setiap perlakuan kita dengan bismillah k..^^,
inialurun
dah sebulan kiter berpuasa..kejap je kan rasanya? rasa mcm x puas berpuasa sebulan..
walaubagaimana pun setiap org de pandangan msing2 terhadap bulan ramadhan ni..ada yg berpuasa sekadar tuntutan agama je, ada pulak yg berpuasa sebab malu dgn org lain..tp ada yang betul2 menghargai bulan ramadhan ni..sungguh indah sebenarnya Islam ni. sesiapa yng mnghargai ramadhan, dapatlah nikmat2 yng telah dijanjikan..tp yg x tu..jgn risau, jika ramadhan akan dtg milik kita, kita masih sempat merubahnya..tp klu x sempat..emmm..

raya? teringat kenangan raya dri kecik smpai besar ni..ntahlah kenapa thun ni, sya x rasa feelnye beraya..emm mungkin sbb sya yg mnghulur bukan menerima..hihi..dah kerja..mmg rasa sngat2 bertanggungjwb, lagi2 bila dengar mak mngadu kurang itu, kurang ini..rasa terkilan sbb x dpt sempurnakan raya untuk family..membeli keperluan dan sebagainya..bagi saya golongan yang benar2 sakan raya ni..org tua n kanak2..mungkin kot..hihihi

kenangan raya?
msa kecik2 mmg bestla sbb duduk umah flat bomba, jdnya ramailah geng2 sebaya..jauh jgk merantau raya ni..rumah x kenal pun main ketuk..sasarannya: x kira umah, asal dapat duit raya..hehe..dh berpindah kat bp, umah teres, pun ada kawan2 sebaya jgk..aktiviti raya sama je..saya, abg n 2,3 org kawan lgi..jauh kami berjalan, turun bukit, naik bukit, berpanas..x kire waktu, asal leh ketuk umah org, kami ketuk..hihi kelakar je ingt balik..rutin ni smapai seminggu raya..

duit raya?
emm, duit raya hasil dr 'pendapatan' kami, kami akan kumpul2kan beli brg2 sekolah( sbb dulu raya dh nk dekat naik sekolah), drpd alat2 tulis,sehinggalah bju..mmg berbaloi2..hehe..seronok sbb dpt belanjakan mcm tu..rasa lebih mnghargai brg2 sendiri..hehe

tp dh besau2 ni..masalah plak..dh bertahun x dpt pki bju raya, time raya..sbbnya mak cik tu x sempat buat, so terpaksalah pki ape yg ada je..jdnya beli je lgi sng..hihi tp alhamdulillah thun ni sempat siap bju raya..yg peliknya baju saya je plak tu yang x siap, mak, akk n adik sempat je..hihi kelakar..

n hari raya setiap thun sama je..pg raya beraya bersama keluarga, lepas tu g umah atok abah, raya umah mak cik2 belah abah, n esoknye or ptg raya 1st g raya umah atok mak..busan kan? hehe

ape pun, selamat berhari raya pada semua umat islam terutama kaum keluarga, kwn2 dan kenalan2..maaf dipinta ata kesalahan yang tidak disngajakan..
inialurun
Celine Dion - I Surrender

welcome to inside of me
inialurun
salam sume..lama rasanya saya x mencoretkan ape2 kisah disini, walhalnya..sepatutnya hri2..hihi..mungkin terlalu bnyk perkara yg berlaku dlm hidup saya, sehinggakan xleh nk menulis..kali terakhir menaip bulan 3..emm ape ek berlaku time tu?

Mac 2010

konvokesyen..yes konvo..hujung bulan mac ni my konvokesyen kat uum..emm mm2 perkara berlaku, b4 nk g..time dh kt sana..n balik..tp alhamdulillah semua yg berlaku dgn baik..
pd 23 hb sya dh bertolak ke uum..sbb 24hb nk g amik jubah n selesaikan urusan utk majlis itu nnti..

24.03.2010

alhmdulillah pg 24hb tu sy dh slmt smpai di uum dgn kwn2 lain..kitorng pecah msuk bilik kt dpp..hihi saje..mahal sngt bnyrn dia..tghari tu trus g DTSO utk urusan majlis tu..ptg tu setle dh..tp tlong kak wan selesaikan hal dia pulak..lepas asar bru smpai bilik..mm..mlm tu lepas mghrib, kitorg siap2 g mkn kat cafe..disebabkan bilik pecah masuk, so mmg xde kunci la..tp kitorng kunci jgk..sbb boleh "bukak" hehe..tp almari ttp kuncilah..utk keselamatan..bilik tu pun berdekatan dgn ex-roomate faridah, so leh la dia tgk2 masa kitorng xde..punyalah sdp2 g mkn..dh kenyang tu, naik lah bilik..smpai2 bilik je..alamak..xleh bukak..guna sume kad yg ada..kad bank, ic, kad matrik, kat bonuslink, kad krdit..semua2lah..tp xleh..huhu..then kitorng cungkil dgn benda2 tjam, still x boleh..how ma?? dh bersirat pala ni..frdh x renggang dgn pintu..sentiasa mencuba nk bukak..i? hehe..ntahlah nape mls je..bdan lembik..haha..chikin,, fara..masing2 bersungguh2 utk membuka..smpaikan sya mngguna alat yg org lain x tahu..hehehe..tp still x leh..dr pukul 10pm, smpai dekat 2 agi..xleh bukak..ayoyoyo..msing2 dh pent, letih, haus..alhamdulillah adik tu bg air..mmg minumlah..haha..akal ni dok pk nk buat mcm mana..mm kesiankan diorng dh penat, g la jumpa kak yam..coz dia ada kunci spare bilik kosong..saya pun ajaklah kwn2 rehatkan diri kat c2..tp diorng agk keberatan jgk..kami ingt nk bring2 kt surau je..tp ada org plak..mm terpaksalah masuk bilik tu..agak jauh dr bilik asal..tp dlm kpala msing2 nk rehat..bilik 384 ap4 dpp muamalat..bukak kunci je..beri salam, n masuk..mmm...terasa sesuatu..meremang bulu roma, tp diamkan je, tkut plak member2 lain tkut..msing2 amik port..frdh dh landing kat katil bawah, chikin pun sama..alamk, saya n fra alamtnyer kena bring katil atas la..oh x mungkin!!..emm sya pun ajak frh tdo bwh..kami turunkan tilam, n landing..tetibe chikin pun baring sekali..hehehe..b4 tdo tu kami berbincng mcm mana nk atsi mslh ni, crite demi crite dicdgkan, akhirnya kami memilih cerita, "kami bru smpai pgi ni, then tumpangkan brg bilik tu kejap, tp tetibe terkunci dr dlm, sbb pgi ni bru nk turun register..manalah ofis bukak mlm2.."..hehehe, best x?(mungkin x sama sepenuhnya, lupa)..pndai jgk kitorng ni kan? hihi bygkanlah dgn tilam bujang memuatkan 3 org bertubuh besar..hahaha ( nsb baik frh kecik sikit) hehehe..tp tdo, kejap2 terjaga..mm mm de sesuatu..mata dh pejam rapat2..takut nk bukak..mulut, hati..dh baca2 ape2 yg ptut..akal dh membyangkan benda2..huhuhu...akhirnya pg tersedar, tgk x sume tdo atas tilam..hehehe

25.03.2010

dlm pukul 7 pagi tersedar..mm masih x leh masuk bilik lagi..msing2 g toilet cuci muka, kemas bilik tu, n kuar bilik..eh purse sya mana? sya x bwk purse ke? mm rasanya mcm bwk, sbb smlm g mkn, x msuk bilik lgi..alamak mana ni..tp disebabkan kwn2 nk cepat terus kuar dr bilik tu,.kunci dan menuju ke bilik kami kat tingkt 4, still muncuba berharap, pintu leh terbukak, tp..mm..xleh..idea2 comes out..mulala msing2 reka cerita, mcm mna nk suh org pejabat bukak ni..sdgkan kami pecah masuk bilik, kang klu diorng tahu. hbs kena denda..klu pintu pecah kena denda lgi..alamak..idea2..tp sya masih terpikirkan purse sya..huhu..sy tnya kwn2..nmpk x purse sya..frdh dh mula risau..dia suh sya ingt btul2..ye mmg sy ingt sy bwk g mkn..tp mana..then kami decide, frh n chikin g office n critekan kisah "dongeng" kami..n register..xpelah redha dgn byrn..bilik berdua, share 4 org..mm kire oklah tu kan? then sya plak n frdh duk cri purse sya, sya patah balik bilik tu, selongkar satu bilik, frdh pun, tp x jumpe pun..huhu hantu sorokkan ke?? huhu..kami keluar dr bilik tu..cri kt sume tmpt yg sya pernh pegi..toilet, dlm tong sampah, tepi2 longkang, ada org dh jumpe n dia amik ke? huhu hbslah saya dhlah semua duit dlm tu, kad bank, ic, duit lagi..aduh, ya ALLAH bantulah hambaMu..tgh cri2 tu..ada kakak cleaner ni, tnya sya ada brg hilang ke? a'ah..purse sya..warna hitam..huhu..akk tu kata x nmpk pulak..tp xpe..sya pesan, klu akk nmpk, tlong simpankan utk sya..sya perlukan sume tu utk majlis konvokesyen sya..huhu sedihnyer rasa..tp hti sya kata..benda tu ada..x hilang..sya cri lgi..lgi n lagi..mulut kumat kamit bca2 ayat suci..memohon supaya mudahkan urusan sya..kemudian, kakak cleaner tu dtg cri saya, dia ckp, dik, xdelah kami suma dh crik, tp xdak..sat eh dik akak tnya ayah akk, dia pandai sikit tgk2 brg hilang ni..oklah kak..then dia col ayah dia..ayah dia ckp, my purse ada, x hilang,.tp terlindung kt tmpt mthri terbit..mtahari tebit?? kt belakang? kt tmpt longgokan smpah? sya n frdh pun bergegas di kwnsan tu..mintak izin mkcik2 cleaner nk bukak blik plastik smpah..ya ALLAH time tu, sya terharu sngt2 n bersyukur sbb ada kwn mcm frdh, yg snggup selongkar smpah2 tu sume utk cri brg sya..thnk you so much..mak cik2 tu pun tolong sekali..lebih dr 5 plastik hitam besar sampah yg sya selongkar..satu2 sisa makann org lain kami keluarkan..emm begitulah kerja2 makcik2 ni sebelum ni, tp hampa..xde!! xde benda yg berwarna hitam..xde! mulut sya ttp membaca ayat suci itu..mudah-an dipermudahkan urusan sya..hampir nk nangis..wang yg begitu susah sya dpt..sekelip mata je boleh hilang..huhu..sya telefon mak, kakak, bgtau hal sebenar, doakan biar mudah urusan sya..kemudian tgk frdh dh letih, kami berehat di surau, cuci tngan kami dgn sabun..kami baring..then, frdh call ayah dia, suh tgk2 kan..ayah dia ckp, benda yg sma..purse sya x hilnag..ada..alhamdulillah, moga2 ia jd satu doa..amin, dia cdgkan sya call bnk cimb sya block my card, kad bnk mak pun ada dlm tu..huhu..tp belum sempat sya call..frh call..dia ckp..nk beli air x?..dia tnya kami kt mana n lepak2 sma2 kami..alhmdulillah urusan bilik dh selesai..kemudian emm kenpa ek, rasanya dia naik atas, kat office lagi sekali..kemudian x smpi beberapa minit, dia telefon, dia bgtau sya.,"aini, purse aini dh jumpe!..alhamdulillah..syukur..gembiranya sya..lantas segera telefon mak, akk, biar diorg x risau..dan si dia..yg sentiasa teman sya sepanjang kehilangan..thnks..tggu kt surau, dgn kunci bilik n my purse..hihi..frh n chikin dh tersengih2 je..thnks korng..nilah crite frh(lebih kurng la..sbb dh lupe) dia kata ada org luar negara yg jumpe kt tmpt prking motor kt bwh ni je..bru jgk jumpe dlm pkul 8 lbh or 9 lbih, pdhal time tu ada jgk tgk2 kt tmpt parking tu..tp x nmpak..mm kuasa ALLAH, kemudian dia pun serahkan kt ofis..kebetulan frh n chikin de kt ofis, dgr de psl purse2 hilang ni..kemudia, segera n pantas diorg ckp purse kwn kami..hehehe..alhmdulillah..lega dh satu urusan..tp bilik ttp xleh bukak..diorg kta nnti org ofis dtg nk repair..oklah, saya n frdh g tggu kat dpn bilik, kesian plak chikin n frh..oklah biar diong rehat plak kt surau..dh nk zuhur bru leh bukak pintu, itu pun de org ni "tolong" tendangkan..dh dpt msuk kami pun inform la kt frh n chikin..msuk2 dlm..bdn dh berbau..g bersihkan diri, solat, qada' solat, n buat sjud syukur..dan kami pun rehat sepanjang ptg tu..dn ptg tu dh de yg dtg repair pintu..kehidupan dh kembali normal..hihihi

27.03.2010

hari yang dinanti pun tiba ptg ni, sya akan bergraduate..hihi..debaran sume ada..today sya pki sume pkian akk, tudung, bju n kasut..pgi tu mak n abg dtg dr jhr, sya n kwn amik kt alorstar,.thnks frdh..kemudian blik ke uum hntr frdh, n blik kt umah mak cik 'caltex' biarkan mereka rehat kt citu..sya pun bersiap2..dlm 11 lbih bertolak ke uum, chikin nk makeupkan, lepas tu nk suh mkn tghari..tp diorng xnk, mungkin dh srapan berat..oklah..kami pun menuju ke dewan MAS, tp dh jam..huhu..abg tgglkan sya dgn mak kt atas, then dia turun, cri parking tmpt lain, n dia x nk masuk..mm ok..bru turun keta je..alamak my shoes! kasut sya terbukak.. panas sngt, so gam cair, ya ALLAH, dugaan ape plak kali ni, sya xde kasut spare, selipar pun xde..nk naik atas tu jauh lgi..mmmana ni..huhu..mak..tlg ain..mak xthu nk ckp ape..mk xthu nk buat ape..frh! frh dtg..dia pki selipar..mintk tlg dia..change ksut dgn dia..kesian dia terpaksa pki kasut tumit tnggi dia..huhu sorry frh..smpai kt atas..tgglkan mak dgn mak kwn..risau dgn keadaan mak..x dibenarkan msuk lgi..huhu..pastu saya n frh bergegas ke DTSO, utk berkumpul, saya sorng yg pki selipar..huhu..rasa cm nk nangis..sya pun cepat2 pki jubah, topi, kwn2 bnyk tolong sya..kasut sya..mm xpe sy cuba pki jgk..then, duduk di temptnye, yg disusun mngikut abjad nama..kasut sya...huhuhu..sya tgk lgi..dh mkin terkopak..dh suku depan terkopak..ya ALLAH, jgnlah de perkara yg tidak2..huhu..akal sya berfikir nk buat mcm mana ni..sya pun mintk tlg penjaga kt c2..tp mana ada org bwk kasut spare without reason..huhuhu..kemudian tiba msa utk masuk ke dewan MAS, jgnlah kasut sya x tercabut..huhuuhu..bismillah..tgh2 jln, dh rasa semcm..kasut saya bunyi..'kelepak..kelepak..' aduh..kasut saya..huhuhu..smpai je tmpt duduk saya..sya ek ksut sya..alamak..dh half terbukak..mcm mana ni..nnti naik atas pentas..klu...huhuhu..ya ALLAH rasa mccm nk nangis, mak, tlong ain..ape perlu ain buat mak..huhu..kwn2 duk msg2..aini ok x..ada yg jagalah..akal saya bertindak lagi..mintk tolong pija pnggilkan akk yg lalu lalng tu, tnya ada ksut spare x? my kasut dh half ternganga..huhu..alhamdulillah..ada hamba ALLAH ni, membantu sya..huhu..wlupun kasut tu agak sempit, tp..syukur sngt2..dan kasut itu yg bnyk membantu..alhmdulillah..selesai mjlis di dalam, sya pun mencri empunya kasut, dn pulangkan semula..mngucapkan ribuan terima ksih, kemudian, keluarlah sya dr dewan tu, n cri mak..dh jumpe mak,,salam n peluk..mm lihat semua org bergembira disisi family, kwn2..tp sya..huhu..dgn memakai selipar..bergmbr bape2 keping dgn kwn2, mak dh ajak balik..lihat semua di tngn kwn2 de jambangan bunga, teddy bear, tp di tngan sya ada kasut yg dh terkopak..huhu..xpelah..sya x meminta dn mngharap..kemudian kami balik..tggu abg amik..msuk je dlm kereta..blum pun hati ni ok..dh kena mrh dgn abg..he said that i'am selfish..huhu..tp knp? biarkan mak kelaparan, x mkn..ya ALLAH, apa plak kali ni..bukankah td ain dh suh mkn, tp sume xnk kan..abgngah lelaki, xkanlah cri mkn sendri kt expo tu xleh? ain ajak msuk xnk..slh ain ke?? itu luahan dr hti je x mampu berkata ape2 air mata yg kutahan dr td, akhirnya mencurah jgk..lebat..bnyk..huhuhu x tertanggung..nekad ape pun jd, blik jhr jgk mlm tu..pdhal niat nk tgk kwn2 lain..nk bg hadiah kt kwn2 lain..nk bergmbr buat kali terakhr..tp mood utk sume tu dh hilng..janji2 pun hilang..huhuhu..call bas..naik kt chglun kul 9 mlm..alhmdulillah dpt..duduk sebelah mak..mlm tu b4 bertolak, ajak mk n abg mkn, tp abg x nk, bungkuskan utk dia je..mak mkn..tp lauk dh ptg, dh sejuk..maafkan ain mak..tp beli2 jgk mknn lain2 , tkut mak lapar..b4 tggu bas smpai, kak wan dtg, jumpe mak n sume2..frh n chikin hntr sya..sempt kirim kt kak wan belikan hdiah utk diorng sume sekali..alhmdulillah tertunai jgk..mlm tu dh balik jhr..dlm bas..airmata kejap2 turun..nsb baik mak ada..boleh peluk, rasa kehangatan badan mak..hilng segala msalah..huhuhu i love my mum..

inia: amat2 berteima kasih kepada kwan2 yg bnyk menolong..ya ALLAH kau mudahkanlah urusan dan limpahkan rezeki kepada mereka2 yg membantu ku..amin..

pengalaman ini, sya akn jdikan satu kenangan abadi..utk saya simpan..mungkin ceritanya x bape jelas..sbb dh lupa..huhuhu..
inialurun
today's story is about a gurl name inia..hehe

early morning she wake up, tett..tett in her phone..its time for solat, perfect duty as a muslimah..
then she's start msg2..send a tazkirah msg to her......hehe

today i feel sumting different..i'm not sure what it is..but..there's sumting bout heart..huhu

bila difikir2 balik..inialurun ni asyik story psl hti n cinta je kan? mcm dh xde benda lain yg dikejarkan..hehe

emm bukanla, cuma kdg2 benda ni kcu fikiran..beside's family, there's some1 else yg pnting dlm hidup kiter..

selain yg maha Esa..mmglah x leh dinafikan..

ni ada artikel yg saya petik dr lmn web ni:
http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/11/30/mengurat-dan-bercinta-menurut-islam/

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

dan antara komen yg saya berkenan:

myNurul Berkata:

sebelum paper..baik kiter sama2 paham dulu apa yang dimaksudkan dengan bercinta, mngurat dan berkapel…
apa itu kapel, bagaimana yang dimaksudkan dengan bercinta berlandaskan syariat, bagaimana pula cara terbaik untuk mengurat tanpa melanggar batas2 agama..tak mengurat tak bercinta, tak bercinta taklah berkapel..betul ke?

actually pada saya bergantung pada diri sendiri. mengikut kebanyakan pendapat ulama’ memang kapel tu haram. tapi kapel yang camne?kal0 kapel sampai wat kita tak malu ngan Allah nak ikut perintah Dia,buat kita lalai dalam mengingatiNya, sampai time s0lat pun leh kenang2 kat si dia,2 yang dikatakan haram. kiter ni bukan sebaik, semaksum para nabi dan rasul Allah yang dijamin di sisi Allah. kita insan banyak kekurangan dan kelemahan. hati sentiasa berbolak-balik. iman pun turun naik setiap masa.

yang penting usaha dan tawakal.cuma masalahnya sekarang kebanyakan dari kiter cuma teringin nak berkapel sebab orang lain pun berkapel. sekadar nak merasa kehangatan berkapel – bukan bercinta. cinta yang sebenar sentiasa menjaga kebaikan, maruah pasangannya. agamanya dipelihara.nafsu ditahan. impian bersatu di dalam redha Allah sentiasa dipegang setiap masa.

betul, memang dalam tempoh solo ni kita dituntut untuk wat pilihan sebaik mungkin. tapi apa salahnya jika kita berserah pada Allah. jangan letak harapan. xnak jz nak cuba2. kunun nak try test dulu kapel ngan orang ni camner, pastu ngan orang tu pulak, tak serasi, putus masuk line orang sana pulak…apalah salahnya bila jumpa seseorang, ada feel plak 2, cubalah ‘tanya’ Allah. sebab Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. sebab Dia yang ciptakan jodoh untuk kita. kiter poyo suker camner pun tapi kalau Allah gtau xyah berangan la..2 bukan jodoh korang..memang takyah berangan la korang. 2 yang sampai frust tonggeng2 2.sebab kita langsung tak berbalik pada Allah.nak bercinta, bercinta la..tapi pada2 la. jangan lupa Allah..2 je..

sekadar renungan..sebelum buat ape2 tafsiran mengenai sesuatu yg kite x pasti, carilah seberapa bnyk maklumat yg boleh..ilmu itu luas..logik akal x kemana..mungkin maklumat yg berguna ni, boleh dijadikan pnduan..

salam


~inia^0^

inialurun
g yassin??

hehehe, mcm x caya je..slama ni slalu ngelak, nape tah td tergerak hati nk g "yasinan" kat umah jiran ni..mak pun mcm suh g je..hehe, maybe dh anak dara, mana tau ada sang teruna..haha, x psl..

hmm, but mmg learn sumting new..dr mula bacaan yassin itu dimulakan..
al-fatihah,
selawat atas nabi,
ayat kursi, dan bacaan2..
kemudian..yasssinnnn....

lepas baca tu ada tahlil..
zikir..hmm..benda yg jrg saya buat..sekurg2 nya bila g mcm ni, ada la sya buat kan?
tp masa berzikir tu..x puas rasanya nak menyebut..ya Allah..ye ALLAH maha mendengar..

hmm..saya rasa kena buat blog lain la..psl story, that never org tau..hehehe

anyway..hingga arini..sya puas dgn apa yg sya buat, wlupun ada kalanya bukan benda yg sya suka, bukan benda yg kerana saya..klu sya ada kekuatan, kesihatan..saya nk tlg semua org..lgi2 org yg bnyk tlg sya..

dan hari ini, sya learn sumting new..sumting yg, sy susah nk dpt,.sy hope ape yg sya dpt arini bg pengajaran pd sya..amin..

~inia ^0^
inialurun
9hb aritu cek kat website kpli saya dipanggil utk Mtest, then sbb sibuk dgn urusan family, dan diri sendri, sy hmpir terlupe mengenai test ni, then, akak ingatkan, ajak g beli buku Mtest ni, alhamdulillah akk bnyk membantu, terngkan kat saya bentuk soalan, ajar2 saya mana yg perlu..matematik la yg paling lemah sekali..mana x nya kesempatan nk study mlm semlm..dahlah seharian agak keletihan..mlm tu..masuk mana je yg agak2 muat..hehe..bila mata dh x mengizinkan lagi utk melihat nombor..tidur la jwbnyer..hehe

pg tu get prepare, wearing coklat+yellow..lebih kurngla..ksut putih..hehe..klakar, lantaklah..akk pulak pki bju warna oren tdung peach..hoping dpt buat yg terbaik..pakaian mmg mempengaruhi..

dh lepas hntr akk, smbil waiting kwn dtg, semptlah tgk rumus2 math..dh tu..g la kat SMK(P) TI..
doa n selawat semoga dipermudahkan menjawab dgn betul..

1st set sy dpt kuantitatif (mcm math)..aduyai x sempat jwb left lbh kurg 5,6 soklan..waduh gawat..mcm mana ni
2nd set, insak..sy ubah cra menjwb soklan..as fast as i can..alhamdulillah berjya jwb semua soklan, slh ke betul tu allahualam..hehehe
3rd set, verbal..dh pernh tgk cntoh soklan..mmglah..aduh..twkal n guna otk logik..
4th set, analatikal (mcm kebrangkalian la)..kire lgi..dh mcm jwb pengajian am stpm dh..huhu
5th set, BI..aduh..emm hemtam sjalah labu..hehehe

balik2 tu bincng dgn akk, emm mcm saya bnyk slh je..
menurun dh rasa hati ni..emm yg penting skrg ni, sy nk doa lebih dr ape yg ptut..

saya nk jd cikgu dr dulu lagi..sbb sya rasa disinilah dunia saya..saya berharap, sy akan dpt, namun sekiranya rezeki saya xde disitu..
kena plan lain la jwbnye..

ajal maut, rezeki, jdh pertemuan, rahsia ALLAH, sbgi hmba-Nya, kita boleh merungkai rahsia-Nya, namun ada cara dan jln-Nya..

amin...
inialurun
lama rasanya x buat catatan disini..

emm smlm, sy ada bukak blog sorg knalan ni, adik kwn sy..saya baca2 smbil dihidangkan lagu ni, smbil bertkung airmata sy msa dgr tu..then sy tnya adik tu lagu ape..MAHER ZAIN katanya, sy pun cri kat youtube..

lirik dia..
For The Rest Of my Life
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart

tiap kali dgr sy rasa sayu sngt..sedih..org kata sy ni jiwanglah..huhu..bukan..
emm..tp yg sy sedih..klula ada guy yg leh say like this to me..lbih2 lgi lagi guy yg mmg sy nntikan..huhu..sy jd sedih sngt

knp, smpai sekarang, hari ini, minit ini, saat ini..tiada lagi cintanya utk sya?
sedangkan puas sy berdoa, mohon petunjuk, jika dia bukan utk sya, jauhkanlah hati kami, tp..

tau x, bg saya bukan sng nk uruskan hati ni..sy dh xtau apa lgi nk buat..skdr bersbr je..tp mnguji hati sya..kdg2 rasa x thn sngt..but i still need him..
dan sya dh xtau caranya utk menjauhkan diri dr dia..
syg sy pd dia bukan kerana rupanya..
tp agamanya..keturunan dia..family dia..dia tau..tp dia still buat xtau..tp xkan sy nk paksa dia sygkan sy sdgkan dihatinya xde..

tatkala dgr lagu ni, lgi sedih sy jdnya..huhu..
sya nk ckp kat dia ni..

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along


sedihnya..

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah

mungkin kat situ tmpat kita akan berjumpa..


inialurun
atas sebab ape diperlakukan mcm tu??

emm..rumit betul nk kenal hati budi lelaki ini, apa yg dia nak kan?? x cukup ke?
emm sedih rasanya..

mencintai seseorg x bermaksud kita memiliki..