inialurun
Masa dengar lagu ini pertama kali, masa tu tgh tidur n tersedar sbb dgr lagu ini, tgh2 malam
actually dgr radio before tidur, terus terigau2..hehe

dengarlah..hayatilah..lirik dia..best..



Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nant
i
inialurun
Mencari ketenangan diri..
menjauhkan diri, adakah itu pilihan terbaik?

His..
tak gembira bersamaku,
sedangkan hakikatnya hanya mahu mendengar dia ketawa..

His,
rasa terseksa dgn ku,
sedangkan hakikatnya hanya mahu melihat dia bahagia..

His,
tak dpt aku fahami hatinya,
sedangkan hakikatnya hanya ingin selalu berada dekat di hatinya..

His,
buat rasa bahagia sangat,
walaupun hanya mendengar suaranya, melihat gmbarnya,
mungkin ini yang dia tak tahu, betapa berharganya dirinya padaku..
mungkin juga terlalu banyak kesakitan yang diberikan kepadanya berbanding kegembiraan..
maafkan diri ini..

His,
hanya mahukan kebahagian manjadi miliknya..
kerana dia terlalu istimewa,
ku doakan dia selalu bahagia, dan menjumpai insan yang terpilih untuknya..
amin..


inialurun
Arini last day keje before cuti raya selama seminggu, x dptlah nk update lagi seminggu ni..huhu

Semalam kami buat hiasan dalaman kat Pusat Sumber, port kami,
dan hasilnya:


cantikkan???
so nyer kami pun waktu lunch stay dlm, pdmkan lampu..confirm tdo x bngun2..hehehe

mmg seronok praktikal kat cni, bnyk pengalaman dpt, staff, pegawai..memang sporting giler..kitorg dh mcm one big happy family dh..

nk cuti seminggu pun x sanggup rasanya..hehehe
inialurun
Semalam ketua sektor SPA, bg kami duit raya boleh thn lah..hehe
terima kasih en mohd noor..

Arini dapat duit raya lagi dari staff kat sPA, abg wan..thanks abg wan..hehe

Esok sape yang tau..hehe
inialurun

::KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN:::


Segala pujian hanya bagi Allah swt tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw.

Firman Allah swt : surah Fathir ayat : 29-30

Terdapat dua jenis bacaan al-Quran

1) bacaan hakimah : iaitu membenarkan apa yang terdapat didalamnya, melaksanakan hukum hakamnya dengan membuat apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang.
2) Bacaan lafziah : iaitu sekadar membacanya.

Sesungguhnya terdapat banyak nas yang menceritakan kelebihan membaca al-Quran. Sama ada kelebihan itu meliputi membaca al-Quran seluruhnya, atau kelebihan surah-surah tertentu, atau ayat-ayat tertentu.

Daripada Saidina Uthman ra sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : “sebaik-baik kamu orang yang mempe;lajari al-Quran dan mengajarnya”.
(hadith riwayat bukhari muslim)

Mafhum daripada hadith saidatina Aisyah bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

“orang yang mahir dalam bacaan al-Quran iaitu dari segi bacaan, sebutan huruf, tajwid mereka ini merupakan golongan yang mulia. Manakala mereka yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut (tidak lancar atau baru hendak belajar membaca al-Quran) baginya dua ganjaran pahala. Iaitu pahala membacanya, dan yang kedua pahala mujahadah untuk cuba mempelajari walaupun dalam keadaan sukar baru hendak belajar.

Berkata Abi Musa rh, sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : orang mukmin yang membaca al_quran umpama al-atrajah (seumpama koktail yang merangkumi pelbagai campuran buah-buahan) baunya sedap , rasanya enak. Dan diumpamakan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti at-Tamrah (kurma) yang tidak ada bauan, tetapi rasanya manis.

Dalam riwayat Muslim, daripada Abi Umamah ra, sesungghunya Nabi saw telah bersabda : “bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi mereka yang membacanya”.

Dalil-dalil di atas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan membaca al-Quran. Dan sesungguhnya ganjaran tersebut bagi mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh dan bermujahadah mendapatkan pahala dari Allah swt. Membaca al-Quran bukanlah suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan, amalan yang ringan tetapi ganjaran pahala disisi Allah swt sangat besar. Maka rugilah bagi mereka yang leka dan lalai dalam merebut keuntungan yang tidak mungkin dapat ditawarkan oleh Makhluk melainkan hanya dari al-Khalik yang maha agung yang memberi dan tidak mengambil manfaat daripada apa yang diberi.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita memperbanyakkan membaca al-Quran untuk mendapat kelebihan dan ganjaran yang besar disisi Allah swt. Lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan al-mubarak yang dilipatkali gandakan setiap amalan bagi mereka yang berpuasa dan memperbanyakkan amal soleh padanya.

Penurunan al-quran dalam bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang khusus agar manusia memperingati peristiwa agung ini dan seterusnya sentiasa kembali menyucikan diri, jasmani dan rohani dengan kembali kepada apa yang diturunkan oleh Allah swt didalamnya.

Sesungguhnya malaikat Jibril as bertemu dengan baginda Rasulullah saw untuk mengajar al-Quran pada setiap kali datangnya bulan ramadhan, dan dua kali pada tahun kewaatan baginda saw.

Golongan salifus soleh juga sangat menitik beratkan membaca al-Quran. Sehinggakan ada dikalangan mereka mengkhatamkan bacaan al-Quran tiga kali dalam masa sehari, ada yang lebih daripada itu.

Kedatangan ramadhan merupakan medan terbaik untuk kita mentarbiyah diri kembali membaca dan menghayati apa yang telah diturunkan oleh Allah swt seterusnya melaksanakan setiap perintah yang telah disuruh dan menjauhi segala apa yang dilarang.

Semoga ramadhan yang datang ini kita dapat mempertingkatkan amalan sebanyaknya. Semoga ia menjadi syafaat di akhirat kelak.

Amin ya rabbal a’lamin….

mudah-mudahan aku mendapat keberkatan ini..amin..
inialurun
Seorang gadis itu ...

Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...


seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...

Bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

Seorang gadis itu ...

Perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...

Moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!




inialurun
semalam..sebelum tdo, aku bukak laptop, dgr lagu aiman tjuknyer cinta terakhir..then member tersedar..dia suka sngt lagu tu, pastu kitorg sama-sama baca satu article ni :



8 PetAnda SeSeoRang Itu SoULmaTe(jOdOh) KiTa

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


#Petanda 1#
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
#Petanda 2#
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
#Petanda 3#
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
#Petanda 4#
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
#Petanda 5#
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
#Petanda 6#
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
#Petanda 7#
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
#Petanda 8#
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Nota: "Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai""


but the most important thing is, i like ayat yg last tu.."Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai"..
emmm, kwn tu mula bercerita psl antara kekasih dan kawan..kenapa kdg2 kwn lebih take care kat kta berbanding kekasih?
dia xnak ape2 pun jz sedikit perhatian..kekasihnya bz sngt, dia kata dia bersalah sngt klu dia beranggapan negatif, sedangkan kekasihnya jujur dgnnya..ntahlah..allahualam..