inialurun
semalam kak wan call, tnya ada coursemate saya terlibat dlm bas excident tu, tp saya x de get inform dr sape2..then saya tanya kawan chinese, then she tell me, poh ngoh, tp saya x kenal, mybe lepas tgk gmbr, sy tggu berita, terlepas..huhu..pgi ni, tgk paper metro, emm mmg, sya kenal that gurl, she's so nice..cantik..hmm..x sangkanya..
saya cri online paper utk tatapan sume, dr b.hrian, and kosmo..

Kena 'badi' tol Jelapang - Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut


MAYAT penumpang disusun di hadapan bas dua tingkat Sani Express selepas nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang awal pagi semalam.





IPOH - Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam kelmarin sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi semalam sepanjang perjalanan menuju ke Kangar.

Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang ini.

Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya.

Ng Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar memikul tanggung jawab sebagai anak harapan keluarga ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Dia ditemani adik bongsunya, Ng Kah Kit, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Shin Min, Alor Setar.

Hayat kesemua lima penumpang itu, bersama lima lagi yang lain berakhir di dalam bas tersebut selepas ia terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) pukul 1 pagi semalam.


10 maut bas dua tingkat terbabas di lebuh raya



KAKITANGAN hospital membawa masuk sebahagian daripada 10 mayat mangsa kemalangan ke rumah mayat Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang; dua rakan karib, Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua pasangan beradik, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Ph Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah serta Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, dari Sungai Petani, Kedah.


Dua lagi ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar Perlis. Anggota tentera, Md Razip Fadzir, 43, dilaporkan cedera parah, manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

MANGSA NAHAS: (dari atas, kiri); Sharifah Hassanah Al Junid, Sharifah Raheel Al Junid, Shaharin Mohd Noor, Supiah Adam, Musa @ Ismail Abdullah. (dari bawah, kiri); Noor Jismi Noordin, Mohd Bilal Osman, Ng Ph Ngoh, Ng Kah Kit dan Mohd Shukri Mohd Ali.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan pertama (di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Berikutan itu, katanya, polis menahan reman pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

"Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam.

Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.

Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati pemandu bas dari Klang memulakan perjalanan pada jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana ada penumpang ingin ke tandas. Pemandu itu juga bercadang untuk berehat (bertukar pemandu) sebaik berhenti di R&R Sungai Perak," katanya.

Kemalangan ngeri itu adalah kejadian pertama berlaku di laluan terus tanpa henti sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu. Laluan sepanjang 14.7 kilometer antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai sejak Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Siti Munira yang menceritakan detik cemas itu, berkata dia sedang tidur di tingkat atas bas sebelum dikejutkan dengan jeritan kuat penumpang terutama dari bahagian bawah.

"Saya tersentak dan melihat penumpang di tempat belakang saya mengerang kesakitan kerana tersepit akibat hentaman kuat. Saya hanya mampu mengucap kalimah Allah selepas mendengar pekikan mangsa yang terkejut dengan dentuman itu," katanya.

sedihnyer rasa..huhu..
may god bless her..i hope also, keluarganya akan dapat terima kenyataan ini dgn tabah dan redha..
inialurun
hari ni 22.12.2009, kul dlm 6 lbh gitula..i got a call..hehe..malunya saya..
bercakap dgn ayah dia..emm mcm dh kenal lama je..ayah dia advise, tnya saya lma gak berbual dgn ayah dia..hehe..thanks AZ_f..

saya malu sangat..hehe..ni pun rasa nak senyum je x henti2..malu..
saya x sangka berani betul saya nak ckp dgn ayah dia..

tp, as he said, sya ni 'kawan' n mngkin 'kakak' je pd dia..
esok pun x mungkin mcm arini..

but what i know is..sya nk menghargai sngt2 detik2 ni..coz i know it will be a beautiful moment dlm hidup sya kelak..

1st time tu..

emm..hehe..malu..
klula leh amik gmbr time ni, mesti kena gelak je dgn org..hehehe..
jgn bgtau org lain tau..syhhhhh!!!

mcm mimpi lak..xnak bangun2!!
inialurun
hai..lamanya x menaip dan bercerita kat cni..huhu
padahal terlalu banyak hal yang nak story n sahre dgn org lain..untuk dijadikan iktibar n pengalaman hidup..

pengalaman membuat satu majlis yang besar kat umah..mmg satu pengalaman baru..bygkanlah mcm2 kerenah org..kelakar pun ada..huhu..

mungkin apa yang saya cerita ni sesuatu yang x baik..cuma nak meluahkan..sekadar untuk berkongsi..

maaf kat akk, sbb x dpt nk menyumbang banyk tenaga untuk wedding akk sbb saya menjalani praktikal.apa yg mampu, sya hulurkan..

untuk akak, dlm diri dia mungkin terkandung bnyk duka b4 wedding dia..the big day for her..kesian plak..pengalaman..hmm..

akk terpaksa ubah sume rancangan dia disaat2 akhir..dr untuk jmuan mkn, pelamin, solek, everything kna ubah..sbbnya, saudara2 nak menghulurkan bantuan..yang mengurangkan beban, alhamdulillah la, tp yg menambahkan beban tu yg x sedap..bukannya niat nak mengungkit pemberian..cuma..


emm seminggu sebelum wedding, mcm2 benda jadi..smpaikan, the day b4 akk kawin, dia still lagi nangis..mata bengkak2..muka x bersemangat..entahlah, kesian akk..mlm tu jgk saya pun buat 'simple facial' kat dia..hehe ok lah, skdr nk segarkan muka dia..help her to setle her problem..alhamdulillah, sesungguhnya Allah tu Maha berkuasa..semua yang berlaku dh de ending..mlm tu..kami berharap sepanjang 3 hari majlis ni, x de ape2 lah yang bad thing berlaku, namun sekiranya dh kehendak Allah, kami redha dengan semuanya..

pkaikan akk inai, mmg akk degil..dia leh xnk pki..apelah, dia ingt, kita ni main kawin2 ke..hehe..saya dh ngantuk, then dia, nak tu dulula, nak ni dulu la..geram2..last2 saya dh baring brulah dgn tergedik2 dtg nk kita pkikan dia inai..akak2..hehe.

alhamdulillah akk selamat dinikahkan pada pukul 5.45ptg di Masjid Sultan Ismail, BAtu Pahat..dengan waktu tu hujan renyai2..


lepas akk nikah, de tukar2 brg kat umah, then de jamuan mkn sikit..mak lang masak..sdp sngrtt..mkn Nasi Ambeng..hehe yg pasti ada ayam masak kicap..sedap..mak cik saemah plak bg serunding n sambal..serunding dia sedap..sume puji..hehe..mlm tu plak de bacaan yassin n doa selamat kat umah..kwn2 mak n jiran2 dtg menyerikan majlis..alhamdulillah berjalan lancar jgk..


setelah penat 4hb tu..ready for the big day..5hb..huhu..

esoknya..pgi2 lagi dh kena bngun..dengan x cukup tdo semalam..then buatlah keje2 ape yg ptut..siapkan akk, org dh start datang..alhamdulillah cuaca elok,.everything go ikut flow..lama betul akk makeup, pastu abg ipar dtg dlm kul 1ptg, yng bestnye dgr2 mak citer, b4 nak naik umah tu, jiran2 buat kecoh..diorg halang pengantin lelaki nak naik umah..mcm mintk tol la..hehe..n ada adik tu buat silat yg simple, thnks sangt2 sbb memeriahkan suasana..pastu nak msuk dlm umah pulak atok saya (mak abah) pimpin abang ipar ke pelamin, then ada tol lagi..sorry abg cd..hehe..its fun..sngt2..

terima kasih sngt2 kat mak ngah, pak ngah, mak uda, pak uda, mak andak, pak andak, mak uteh, mak itam, mak lang pak lang yang menyediakan mknan yg sdp, hehe,mak idah pak isa, pak aim cik nor, n mak usu yg jd setiausaha majlis..hehe, n pak usu..(belah mak), kat aunty tim uncle sood yg always give us support n help, aunty nor yng siapkan akknyer hantaran yg sangat cntik, aunty farid uncle zul pun sama, cik ani n pak isa, yang x tahulah nak ckp mcm mana..Allah yg mampu membalasnya..huhu

untuk semua2 jiran2, tetamu yg hadir..terima kasih..

pada saya, walaupun majlis ini dh berlangsung dekat 2 minggu yg lalu..ianya pasti menjadi kenangan dlm hidup saya.. banyak yg saya belajar, tahu..namun yang buruknya dtgnya dr saya sekeluarga, yang baik dtgnya dr ALLah..s.w.t.

alhamdulillah berjalan lancar..